fbpx

Biar RoS absahkan keputusan PAU 2022 – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) bercakap kepada pemberita ketika melawat tapak pembinaan jambatan Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – UMNO menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mengabsahkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 baru-baru ini untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti tersebut.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu bersikap terbuka dan sebarang pihak yang mahu membuat aduan atau laporan berkaitan keputusan PAU 2022 boleh berbuat demikian.

“Biarlah RoS menerima (keputusan) oleh perhimpunan agung minggu lalu sebagai keputusan yang diabsahkan. Sebarang analisis dan spekulasi daripada mereka yang tidak berpuas hati, biarlah RoS memuaskan hati mereka.

“Apa yang penting perpaduan dalam kepimpinan dapat dipertahankan dan kita akan lihat selepas ini pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian mengikut peraturan sebagaimana yang terdapat dalam peraturan mesyuarat atau persidangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan dua ahli UMNO pada Jumaat lalu yang menyerahkan memorandum kepada RoS di Putrajaya bagi membantah keputusan PAU 2022 yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, UMNO telah mengikuti semua proses yang diperuntukkan bagi mana-mana pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 berkaitan sebarang usul dikemukakan.

Beliau berkata, di dalam Akta Pertubuhan 1966, terdapat klausa yang menyebut bahawa sebarang usul dikemukakan oleh mana-mana pertubuhan berdaftar dengan RoS mestikan dikemukakan kepada pihak berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pemakluman keputusan PAU 2022 kepada RoS itu bukanlah bagi mendapatkan kelulusan tetapi sebagai pemakluman agar ia diabsahkan.

“Jadi kita telah mengikuti semua proses mengikut Perlembagaan UMNO. Peraturan mesyuarat juga telah diikuti satu persatu oleh Pengerusi Tetap persidangan dan langkah itu adalah mengikut peraturan,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI