fbpx

Berang kahwin ‘senyap’ punca dua isteri bekas jurulatih gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Berang berkahwin tanpa pengetahuan dipercayai punca pergaduhan dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan di sebuah restoran di daerah ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, seorang wanita yang juga isteri kedua itu tampil membuat laporan polis sejurus kejadian berkenaan, pukul 2.18 pagi.

Katanya, suspek yang merupakan isteri pertama dipercayai menarik rambut pengadu di dalam restoran tersebut.

“Ia kemudian membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis. Siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat suspek tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program dan marah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Mohd. Iqbal, kedua-dua pihak termasuk bekas jurulatih itu sudah dipanggil untuk diambil rakaman percakapan dan suspek turut membuat laporan polis pada hari sama.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua wanita dipercayai isteri kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan bergaduh di sebuah restoran di daerah ini, awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian itu tercetus akibat timbul perselisihan faham antara dua individu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI