fbpx

Turunkan harga bahan mentah, bukan hukum peniaga restoran – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika sidang akhbar di Dewan San Choon, Wisma MCA hari ini.

KUALA LUMPUR- “Kerajaan seharusnya mencari jalan penyelesaian untuk turunkan harga bahan mentah, bukan lepas tangan dan hukum peniaga restoran”.

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya memboikot peniaga restoran yang menjual makanan dengan harga mahal.

“Cari jalan untuk kurangkan harga bahan mentah bagi memastikan rakyat mampu membeli makanan dengan harga murah.

“Kalau harga bahan mentah meningkat, sayur mahal, ikan mahal, pastinya peniaga-peniaga menaikkan harga,” ujarnya selepas selesai menyambut Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA hari ini.

Menurutnya, jika harga bahan mentah mahal, pihak kerajaan bertanggungjawab dalam memastikan harga bahan mentah dapat diturunkan bagi membantu peniaga menjual dengan harga murah dan rakyat dapat harga makanan yang murah.

“Kerajaan sepatutnya memikirkan soal ini, bukannya dengan kenyataan-kenyataan yang dengan begitu mudah melepaskan tangan dan hukum peniaga-peniaga restoran,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengulas isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Dulu semasa saya berkhidmat, ramai yang bising ketika kita lakukan kajian sama ada KWSP perlu dikeluarkan atau tidak. Akhirnya kita keluarkan.

“Ramai yang bising dulu. Saya harap rakyat bersuara kali ini minta untuk pengeluaran KWSP. Mana-mana yang bersuara kuat semasa saya jadi Perdana Menteri dulu, silakan bersuara lagi,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO itu, dilihat tiba di pekarangan Dewan San Choon, Wisma MCA sekitar pukul 11.15 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI