fbpx

MCMC sekat 1.8 billion panggilan scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil ketika menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina MCA di Dewan San Choon hari ini.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menyekat 1.8 bilion nombor telefon yang digunakan oleh ‘scammer’ dari 2017 sehingga tahun 2022.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan adalah hasil pertemuannya dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC dan beberapa pihak lain.

“Sejak tahun 2018, sebanyak 300 juta nombor telefon scammer menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaya dikekang namun kes penipuan sedemikian masih berlaku.

“Peringatan saya kepada rakyat Malaysia, tolong berhati-hati dalam suasana perayaan ini kerana sudah pasti akan ada yang menangguk di air keruh untuk mengambil kesempatan,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Dewan San Choon, Wisma MCA hari ini.

Beliau juga meminta masyarakat yang menjadi mangsa penipuan supaya menghubungi talian 997 yang merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk membuat laporan supaya tindakan segera dapat diambil bagi mengekang kehilangan wang.

Sehubungan itu, pihaknya juga akan mengadakan Kempen Kesedaran Penipuan Kebangsaan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia.

Berkenaan penipuan menerusi aplikasi Telegram, Fahmi berkata, antara masalah yang dihadapi dengan aplikasi tersebut adalah kerana ia merupakan ‘encrypted system’.

“Kami akan cuba menghubungi pihak Telegram supaya beberapa perkara dapat diatur bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Seterusnya, peringatan kepada semua, jika anda mendapat mesej seperti kawan kita, tetapi cara dia cakap lain dan meminta atau meminjam wang, tolong berhati-hati.

“Kalau dapat panggilan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bukit Aman (polis) mahupun mahkamah, jangan terpedaya kerana semua badan kerajaan akan menghantar surat rasmi dan bukan berhubung melalui panggilan telefon. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI