fbpx

Rakyat akui 1Malaysia slogan paling berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Perkataan 1Malaysia yang pernah menjadi slogan kerajaan sebelum ini kembali trending di Twitter selepas rata-rata netizen mengakui ia paling berjaya untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

Nostalgia terhadap slogan tersebut timbul selepas satu perbandingan mengenai slogan-slogan yang pernah digunakan ketika era kepimpinan kesemua Perdana Menteri tular di media sosial.

Bagaimanapun, perbandingan itu mengatakan 1Malaysia gagal seperti yang lain sebelum disanggah oleh netizen.

Salah seorang netizen Khairi Syafiq Nan berkata, 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak paling berjaya.

“Letak tepi kes 1MDB, kebanyakan inisiatif 1Malaysia seperti BR1M, KR1M, Klinik 1Malaysia, Kad Siswa 1Malaysia masih diteruskan sehingga ke hari ini cuma namanya sahaja berbeza.

“Ketika ini ketika Melayu, Cina dan India duduk semeja, kita masih boleh panggil ‘kita 1Malaysia maa’,” katanya.

Aimzama pula berkata, 1Malaysia mendamaikan pihak yang bergaduh.

“Kalau nak bergaduh dengan Cina mesti ada yang sebut buat apa gaduh gaduh, kitakan 1Malaysia. Lepas tu terus bersalaman dan berpelukan,” tulisnya.

Bagi jibbujeebs pula, konsep 1Malaysia paling baik dengan lagu ikoniknya yang tersendiri.

“Benda seperti UTC dan Klinik 1Malaysia tu diterima dengan baik oleh semua orang. Saya fikir konsep itu bagus,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju kerana mengatakan slogan 1Malaysia gagal kerana isu perkauman masih kuat dimainkan walaupun ia tiada apa.

“Kesemua inisiatif di bawa 1Malaysia seperti BR1M, KR1M, KL1M hanya jenama. Semua itu dibunuh oleh isu 1MDB,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI