fbpx

Dua ‘transporter’ gagal seludup tiga wanita Indonesia ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki tempatan dan tiga wanita Indonesia ditahan ketika cuba melintasi sempadan negara ke Thailand di Bukit Kayu Hitam pada semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan dua ‘transporter’ menyeludup tiga wanita warga Indonesia ke Thailand gagal apabila mereka ditahan di sebuah ladang getah di sini semalam.

Dua lelaki tempatan berusia 38 tahun dan tiga wanita warga asing berusia 40 hingga 56 tahun itu ditahan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) kira-kira pukul 4.30 petang.

2 Divisyen dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kejadian berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

“Hasil maklumat perisikan pasukan beroperasi, anggota mengesan pergerakan sebuah motosikal mengiringi kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz dalam keadaan mencurigakan pada pukul 4.30 petang semalam.

“Kejadian berlaku di kawasan ladang getah menuju ke arah sempadan Malaysia-Thailand,” katanya.

Menurutnya, pasukan bertindak menahan kedua-dua kenderaan tersebut, namun penunggang motosikal sempat melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas SUV mendapati terdapat tiga wanita warga Indonesia bersama dua lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai transporter,” ujarnya.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut ke atas tiga wanita Indonesia terbabit mendapati seorang daripadanya memiliki dokumen
perjalanan yang masih sah, seorang telah tamat tempoh perjalanan dan seorang lagi tiada sebarang dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI