fbpx

Zidane, Conte calon bakal ganti Allegri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE mungkin mengubah pendiriannya untuk kembali membimbing kelab selepas impiannya mengemudi Perancis tidak kesampaian. – AFP

TURIN – Kekalahan kepada Maccabi Haifa sehingga tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara serta tewas menentang Napoli pada aksi Serie A sebelum ini menyebabkan kedudukan Massimiliano Allegri di Juventus semakin goyah.

Laporan menyebut bahawa pihak pengurusan kelab ber­kenaan tidak begitu gembira de­ngan perkembangan berkenaan dan telah mengadakan perbincangan bersama Antonio Conte dan Zinedine Zidane yang dianggap sebagai pengganti sesuai.

Ketika ini, Zidane masih belum menandatangani mana-mana kontrak apabila menunggu tawaran untuk mengemudi pasukan kebangsaan Perancis, namun hampa apabila Didier Deschamps diberikan kontrak lanjutan.

Situasi berkenaan mungkin menyebabkan Zidane terpaksa menukar perancangannya de­ngan memilih untuk kembali mengemudi pasukan kelab biar­pun mengakui tidak berminat sebelum ini.

Dalam pada itu, di London pula, Tottenham Hotspur dilapor mula tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan itu di bawah kendalian Conte apabila menghuni kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris termasuk tewas pada aksi derbi utara London menentang Arsenal kelmarin.

Kontrak Conte bersama kelab itu akan berakhir pada 30 Jun nanti dan kemungkinan tidak akan diberikan tawaran baharu jika Spurs gagal untuk mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan sekurang-kurangnya.

Bagaimanapun, menurut sumber, Allegri tidak akan dipecat dalam tempoh terdekat dan kekal mengemudi pasukan itu sehingga musim ini berakhir sebelum prestasinya akan dinilai semula untuk sebarang keputusan dibuat kelak.

Kekalahan 1-5 kepada Napoli sebelum ini dianggap mengejutkan ketika Juventus sebelum itu beraksi tanpa kalah dalam lapan perlawanan termasuk meraih tujuh kemenangan menyebabkan pihak pengurusan seakan tidak dapat menerimanya.

The Old Lady ketika ini meng­huni tangga ketika Serie A de­ngan meraih 37 mata, ketinggalan 10 mata berbanding Napoli yang gah menguasai puncak liga.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI