fbpx

Ramai mengadu isu Hospital Pasir Mas, KKM janji siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Pasir Mas. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai yang menerima rawatan di Hospital Pasir Mas, Kelantan kecewa dengan mutu perkhidmatan yang disediakan hospital berkenaan.

Menerusi ciapan di akaun Twitter Kelantanku, meminta agar Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantau perkhidmatan yang kurang memberangsangkan diberikan oleh hospital tersebut.

Rata-rata natizen meminta Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa untuk turun padang dan meninjau hospital berkenaan bagi menambah baik perkhidmatan kepada orang ramai.

“Mohon ambil cakna demi perkhidmatan kepada rakyat. Bukan cari salah tapi mohon tambah baik perkhidmatan untuk rakyat yang memerlukan bantuan kesihatan. Semoga dipermudahkan urusan,” kata mi alimy.

“Mohon YB Dr. Zaliha terjah secara mengejut,” ujar Qalroslan.

“Semoga Dr. Zaliha datang menyamar sebagai pesakit. Setakat datang mengejut tunjuk muka masih boleh ‘cover line’,” ujar netizen lain.

Sementara itu, KKM turut menjengah ke ruangan komen akaun berkenaan menyatakan perkara tersebut akan diletak dibawah perhatian kementerian berkenaan.

“Terima kasih, untuk makluman perkara ini dibawah perhatian KKM,” katanya.

Hantaran berkenaan tular sejak semalam, telah dilihat oleh 113,000 pengguna Twitter dan 356 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI