fbpx

Pesuruhjaya Kanak-Kanak tidak bertindih bidang kuasa dengan KPWKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy berucap pada sesi Town Hall Perkhidmatan Kanan-kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) JKM Tahun 2023 di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak disifatkan tidak bertindih dengan bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Sebaliknya, menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya akan terus menjalankan tugas seperti biasa, namun pada masa sama turut dibantu Pesuruhjaya Kanak-Kanak itu.

“Tidak (pertindihan), kami akan menjalankan tugas seperti biasa, (pelantikan Pesuruhajaya Kanak-Kanak) itu bukan sahaja membantu kita tapi membantu KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan KPM (Kementerian Pendidikan) yang berurusan dengan kanak-kanak.

“Jadi, tidak ada pertindihan, malah boleh membantu daripada segi ‘check and balance’ untuk kami,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Perkhidmatan Kanak-Kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tahun 2023 di sini hari ini.

Terdahulu kerajaan memutuskan melantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial melibatkan golongan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan pesuruhjaya itu juga disifatkan sebagai satu cabang khas berautonomi di bawah Suhakam.

Menurut Nancy, walaupun KPWKM bertanggungjawab untuk memberi rekomendasi kepada pesuruhajaya berkenaan, namun ia bukan berada dibawah seliaan mereka.

“Ia akan jadi pesuruhjaya bebas untuk memantau segala urusan dengan kanak-kanak. Kami pun boleh gunakan perkhidmatan tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI