fbpx

Saksi kes mayat dikerat dalam bagasi diperlukan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bagasi yang dijumpai orang awam di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara, Sungai Buloh baru-baru ini.

SUNGAI BULOH – Saksi bagi kes penemuan mayat dikerat dan disumbat dalam bagasi di kilometer 447 Lebuh Raya Utara Selatan, di sini diminta tampil untuk membantu siasatan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu sekitar pukul 11.44 pagi tadi daripada orang awam.

Katanya, siasatan awal di lokasi mendapati satu badan manusia dijumpai tanpa kaki, tangan dan juga kepala.

“Di lokasi yang sama, pihak kami turut menemukan sebuah bagasi di dalamnya mempunyai kaki, tangan dan juga kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shafa’aton, identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri bersamanya.

Jelas beliau, mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

“Oleh itu, kes di siasat dibawah 302 Kanun Keseksaan.

“Saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Aruneswaari Arumugam di talian 012-6972996 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61574745 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI