fbpx

MTA meterai MoU dengan Pusat Penyelidikan Insurans Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif IRC, Prof. Dr. Mohammad Mahdi Asgari (kiri) bersama Mohd. Radzuan (dua dari kanan) selepas majlis pemeteraian MoU di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Pusat Penyelidikan Insurans Iran (IRC) untuk bekerjasama dalam program berasaskan peningkatan pengetahuan Takaful bagi mengukuhkan landskap industri.

Kerjasama ini mengambil kira kepentingan membangunkan industri takaful melalui pewujudan perkongsian dinamik untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran setiap pihak dalam takaful dan kewangan Islam secara keseluruhan untuk manfaat sinergi.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua organisasi akan bekerjasama dalam bidang pengetahuan, latihan dan pendidikan, pertukaran maklumat dan menyediakan perundingan serta  pada masa yang sama memupuk hubungan antarabangsa antara industri insurans domestik dengan perniagaan insurans antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd. Radzuan Mohamed berkata, kerjasama ini akan menjadi satu lagi faktor penyumbang dalam mendorong pembangunan landskap industri takaful dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara peneraju yang terbaik menyokong ekonomi Islam global yang bernilai beberapa trilion dolar.

“Perkongsian ini menandakan satu lagi pencapaian bagi industri takaful di Malaysia dalam menjalin pakatan strategik yang bertujuan untuk mencapai manfaat sinergi bersama, sambil meletakkan kedua-dua negara kita ke arah mencapai sistem kewangan Islam yang dinamik, berdaya saing dan cekap yang mampu menyumbang kepada ekonomi, komuniti dan negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Mohd. Radzuan menerangkan, melalui MoA itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama mempromosi dan menjalankan pelbagai aktiviti dalam bidang kewangan Islam dan takaful serta bekerjasama menyumbang ke arah penubuhan golongan profesional Kewangan Islam dan Takaful korporat yang terlatih, berkemahiran tinggi dan beretika. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI