fbpx

Jothi Kumar larikan barang kemas, duit majikan diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jothi Kumar diburu polis.

PORT DICKSON – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) fizikal mengalami kerugian RM4,000 selepas barang kemas dan wang tunai miliknya dilarikan pembantu rumah dalam kejadian di Telok Pelandok Pasir Panjang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 38 tahun itu pada pukul 2 petang.

“Berdasarkan laporan, wanita yang tidak bekerja itu memaklumkan dia hanya menyedari pembantu rumah warga India itu tiada di rumah selepas bangun tidur pukul 5 pagi.

“Mangsa kemudian membuat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati barang kemas miliknya dan anak iaitu dua utas anting-anting, rantai leher dan gelang tangan serta wang tunai RM2,000 telah hilang. Anggaran jumlah kerugian lebih kurang RM4,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, pembantu rumah berkenaan telah bekerja dengan mangsa sejak Disember 2022 dengan gaji RM1,200 sebulan selain diberi kemudahan tempat tinggal, telefon bimbit serta makan dan minum.

“Dia mengambil pembantu rumah dikenali Jothi dengan kos bayaran RM10,000 termasuk penghantaran, pasport dan visa pas pekerja,” jelasnya.

Sehubungan itu, Aidi Sham berkata, pihak polis sedang mengesan Jothi Kumar berusia lingkungan 30-an untuk siasatan lanjut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Sarjan Nur Asyikin Kamarrudin di talian (012-9310852) atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson (06-647 2222) atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI