fbpx

Video dandan rambut tular, pemilik mohon jangan abai warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erna (kanan) ketika menjalankan aktiviti CSR di sebuah pusat rumah jagaan orang tua baru-baru ini.

PETALING JAYA- “Jangan abaikan tanggungjawab kepada orang tua, ingat doa ibu bapa tiada hijab,” demikian kata-kata usahawan salon rambut, Erna Elliyana Rosli selepas video beliau dan rakan-rakannya mendandan rambut warga emas tular di media sosial.

Video memaparkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor baru-baru ini tular selepas meraih lebih 90,000 tontonan dan ratusan komen di Twitter.

Katanya yang juga pemilik bersama salun ChezKamya Professional, pelbagai reaksi diterima pengguna laman sosial selepas menonton video berkenaan selain ramai berkongsi rasa sedih.

“Tempoh hari saya ada berkongsi video ‘snippet’ Setia Hingga Akhir Hayat yang mengandungi klip temu bual bersama penghuni di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Apa khabar agaknya seluruh penghuni di sana? Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat.

“Terima kasih banyak saya ucapkan kepada pengguna Twitter, Semoga video itu menyebarkan kebaikan kepada pengikut anda.

“Banyak reaksi diterima dan saya juga merasakan perkara sama, namun menyembunyikannya kerana tujuan kami ke sana untuk bertanya khabar dan menghiburkan hati mereka,” katanya.

Menurut Erna, kehadiran dia dan pasukan ke rumah kebajikan itu bagi menyantuni dan memberi pengalaman baharu kepada warga emas di rumah kebajikan itu.

“Objektif kami adalah untuk memberi pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai sentuhan dandanan rambut dari ChezKamya Professional.

“Selalunya Chez Hamdan menata rias rambut selebriti seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi, tetapi kali ini kita mendandan warga emas pula,” jelasnya.

Dalam video berdurasi sembilan minit yang dikongsikan itu, Erna turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.

“Ibu bapa kita adalah raja dan permaisuri dalam hidup. Saya selalu ingat pesan ustaz iaitu dalam dunia ini ada beberapa rahmat percuma yang kita harus manfaatkan.

“Pertama melihat kaabah, kedua laut, ketiga Al-quran dan terakhir wajah kedua-dua ibu bapa. Kita perlu manfaatkan momen selagi ibu bapa kita masih hidup. Ingat doa ibu bapa tiada hijab,” nasihatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI