fbpx

Tujuh ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan demam babi Afrika (ASF) di negeri ini sebagai bencana setelah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, mengesahkan tujuh buah ladang ternakan komersil itu telahpun dijangkiti, ketika ini.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), tujuh buah ladang babi itu adalah masing-masing lima di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT).

“Pengesahan penyakit dibuat melalui ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang dijalankan oleh Makmal Veterinar Zon Utara Bukit Tengah, pada 4 hingga 12 Januari lalu ke atas sampel babi dari ladang-ladang tersebut.

“Bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, JPV Pulau Pinang telah menjalankan stamping out policy menerusi pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Minggu lalu, sebuah ladang babi di daerah SPS di diarahkan ditutup selepas kes ASF dikesan di ladang tersebut.

Kenyataan itu berkata, pemusnahan dijalankan menggunakan kaedah gas CO2 (High Concentration) mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna.

“Sehingga hari ini, sebanyak 929 ekor babi telah dimusnahkan dari ladang berkenaan di daerah SPS.

“Pemusnahan akan diteruskan pada hari ini, di ladang kedua setelah terdapat banyak kematian babi di ladang terbabit dan dijangka memakan masa lebih kurang satu minggu untuk diselesaikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI