fbpx

Kultus sesat penggal kepala budak dalam ritual jadi kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepala budak lelaki itu dipenggal sebelum mayatnya dicacatkan dan dibuang. - Getty

NEW DELHI – Sebuah kultus di India didakwa menculik dan memenggal kepala seorang budak lelaki dalam satu ritual tidak berperikemanusiaan ‘untuk menjadi kaya’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Polis percaya mayat kanak-kanak berumur sembilan tahun tanpa kepala  itu digunakan dalam upacara korban manusia.

Menurut pihak berkuasa, pembunuhan ngeri itu menyaksikan mangsa yang berasal daripada sebuah komuniti puak, dipenggal kepala sebelum mayatnya dicacatkan dan dibuang.

Akhbar The Hindu melaporkan bahawa polis menahan dua lelaki dewasa dan seorang remaja lelaki susulan penemuan mayat mangsa dalam keadaan mengerikan di Terusan Damanganga dekat bandar Vapi, negeri Gujarat.

Polis memberitahu akhbar berkenaan bahawa mangsa hilang dari Kampung Sauli, 29 Disember tahun lalu, manakala laporan kes dibuat di balai polis Silvassa pada keesokan harinya.

Mayat manusia tanpa kepala yang sepadan dengan keterangan kes itu ditemui di  dalam terusan berkenaan, sekitar 30 kilometer (km) dari lokasi penculikan.

Mayat mangsa kemudian dihantar untuk pemeriksaan forensik bersama-sama senjata yang dipercayai digunakan dalam upacara ilmu hitam tersebut.

“Siasatan pihak kami membawa kepada seorang remaja. Suspek mengaku dia menculik mangsa pada 29 Disember 2022 dari kampung Sayli dan membunuhnya sebagai korban manusia dengan bantuan rakan-rakan konconya,” kata polis dalam satu kenyataan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI