fbpx

Akaun Spotify bukti Yunjin, Yeonjun bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEONJUN (kiri) didakwa bercinta dengan Yunjin.

CERITA peribadi terutama kisah cinta selebriti antara topik paling mendapat perhatian dalam kalangan peminat K-pop.

Terbaharu, dua nama penyanyi popular, Huh Yunjin LE SSERAFIM dan Yeonjun TXT hangat selepas mereka didakwa bercinta.

Khabar angin tersebut timbul selepas peminat menemui sebuah akaun Spotify didakwa milik Yunjin.

Akuan dengan nama Yunny (juga dikenali sebagai nama gelaran Yunjin) tersebut mengandungi banyak senarai lagu yang pernah dikongsikan penyanyi itu kepada peminat.

Tetapi, foto profil kartun yang digunakan akaun tersebut mengundang spekulasi bahawa karakter lelaki itu merupakan Yeonjun.

Semuanya disebabkan rambut Yeonjun pernah diwarnakan biru dan memakai ‘hoodie’ kelabu, sama seperti karakter kartun lelaki dalam gambar profil tersebut.

Bahkan, peminat menggunakan skil detektif mereka menilik subang yang dipakai kedua-dua penyanyi itu sama dengan foto kartun berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI