fbpx

Syarikat kontraktor didenda RM15,000, buang sampah di perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN Kiat Trading yang diwakili pengarahnya, Tan Choon Kiat (kiri) didenda RM15,000 selepas didapati bersalah melupuskan sisa pepejal komersial secara haram.

MELAKA – Perbuatan sebuah syarikat kontraktor membuang sisa pepejal komersial di kawasan berhampiran taman perumahan mengundang padah apabila didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Orang kena saman (OKS), Jun Kiat Trading yang diwakili Pengarahnya, Tan Choon Kiat, 55, yang mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, OKS telah melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal komersial secara haram di kawasan berhampiran taman perumahan.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 1.10 petang di lot 26957, mukim Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah pada 16 Ogos 2022.

Terdahulu, Choon Kiat dalam rayuannya memohon denda dikurangkan dengan alasan melakukan kesalahan kali pertama dan perniagaannya terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM15,000. Tertuduh membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI