fbpx

Normal baharu wanita Korea Selatan kahwin usia 30-an

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin tiba untuk majlis perkahwinan beramai-ramai di Pusat Dunia Keamanan Cheongshim di Gapyeong pada 27 Ogos 2018. - AFP

SEOUL  – Agensi kerajaan, Statistics Korea (SK) mendedahkan bahawa purata usia perkahwinan di Korea Selatan kini dalam lingkungan 30-an, lapor akhbar The Korean Times semalam.

Menurutnya, hampir separuh daripada wanita yang berkahwin pada tahun 2021 adalah berusia dalam lingkungan 30-an. Pada 2021, seramai 193,000 pasangan berkahwin di negara itu.

Nisbah usia perkahwinan wanita dalam lingkungan 30-an yang melebihi usia 20-an itu kali pertama direkodkan. 

Ia menunjukkan bahawa purata usia perkahwinan bagi wanita telah meningkat sejak agensi itu mula menyusun statistik pada 1990. 

Pada tahun 1990-an, purata usia wanita berkahwin adalah dalam lingkungan 20-an. Seramai 330,000 wanita pada peringkat usia tersebut melangsungkan perkahwinan berbanding 19,000 wanita yang berusia 30-an ketika itu.

Sejak itu, jurang usia perkahwinan beransur-ansur lewat saban tahun.

Pada tahun 2000-an, bilangan wanita yang berkahwin dalam lingkungan 20-an, seramai 241,000 orang adalah lapan kali ganda lebih banyak berbanding mereka yang berusia 30-an iaitu seramai 31,000 orang. 

Pada 2010 pula, angka wanita berusia 20-an yang berkahwin meningkat sebanyak dua kali ganda, sebelum akhirnya menurun pada 2021.

Perubahan itu berlaku disebabkan oleh pertukaran persepsi wanita terhadap perkahwinan. Ramai wanita percaya ia bukan lagi satu kemestian, selain dipengaruhi pelbagai sebab seperti ketidakstabilan kewangan, pekerjaan dan kesukaran membesarkan anak.

Menurut firma pencari jodoh, Duo yang melakukan kaji selidik mengenai usia perkahwinan wanita  pada Disember tahun lalu, lebih separuh daripada wanita Korea Selatan bersetuju bahawa tiada usia yang sesuai untuk berkahwin.

“Kini lelaki dan wanita bujang menumpukan diri sendiri. Mereka tidak berkahwin secara tergesa-gesa disebabkan tekanan. Mereka mencari pasangan yang memenuhi keperluan dan membuat pilihan tentang siapa pasangan yang sesuai,” kata seorang pegawai Duo. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI