fbpx

Bank Negara perlu terbuka jelaskan OPR kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Negara Malaysia

SHAH ALAM – Bank Negara (BNM) disarankan lebih terbuka memberikan kefahaman kepada rakyat sebelum sebarang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini penting supaya rakyat mengetahui hubungan OPR dan inflasi, kadar tukaran wang dan pertumbuhan ekonomi.

“OPR ini kerja Bank Negara. Jangan salahkan rakyat kalau mereka menyatakan perkara-perkara tertentu tetapi kita hendaklah memberikan komunikasi yang berkesan kepada rakyat mengenai perkara itu.

“Rakyat tidak faham bahawa kenaikan OPR boleh menurunkan inflasi dan sekiranya rendah boleh meningkatkan inflasi. Ini adalah bidang BNM memahamkannya.

“Oleh itu, saya telah menyarakan kepada bank negara agar lebih terbuka berhadapan dengan masyarakat mengenai tindakan (kenaikan) OPR yang mereka ambil,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Akauntan Nasional 3.0 di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa firma penyelidikan menyatakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada tahun ini.

Ini seterusnya mewujudkan polemik ramai pihak termasuk kebimbangan jumlah individu akan bankrap kerana semakin ramai peminjam tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Justeru, ketika ditanya sama ada kerajaan tidak boleh campur tangan, Ahmad menjelaskan bahawa BNM adalah sebahagian daripada kerajaan dan bukan institusi yang terpisah.

“Bagaimanapun, mereka ada pandangan tertentu berdasarkan kaedah Central Bank luar negara berurusan dan mereka juga memberikan taklimat kepada kementerian kewangan.

“Jadi walaupun mereka ada upaya sendiri dan saya memberikan cadangan bahawa apa juga yang mereka nak buat hendaklah diterangkan dengan jelas kepada rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan terdapat golongan pakar yang boleh memberikan komunikasi mudah dan boleh difahami oleh rakyat mengenai hubungan OPR dan kehidupan rakyat seharian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI