fbpx

Ahmad Zahid tiba di Dewan Merdeka hadiri Taklimat Khas Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid ketika tiba di WTC hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini untuk menghadiri taklimat khas.

Zahid tiba di pekarangan Dewan Merdeka kira-kira pukul 3.10 petang diringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Terdahulu, kelihatan tiba di Dewan Merdeka, WTC ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dan Ahli Majlis Kerja TertinggI UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang lain.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan pada sidang akhbarnya pada pagi tadi memaklumkan Ahmad Zahid akan menyentuh mengenai kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau, penjelasan itu akan diberikan kepada 3,000 perwakilan mengenai mengapa parti itu mengambil pendirian menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI