fbpx

Wanita maut terjatuh dari tingkat 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berusia 19 tahun maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Taman Sungai Besi, Cheras, di sini, semalam. FOTO Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang wanita meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Taman Sungai Besi, Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian sekitar 5.48 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan Baru bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita berusia 19 tahun berada dalam keadaan terbaring di jalan berhampiran lobi kondominium tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Zam Halim, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian.

“Keterangan waris mangsa dan saksi kejadian sudah diambil bagi membantu siasatan. Mayat mangsa telah diserahkan ke Jabatan Perubatan Forensik HCTM untuk bedah siasat,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Ketua Polis Balai Salak Selatan Baru, Inspektor Khairul Asraf Abu Kasim, melalui talian 03-79815053 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI