fbpx

5,400 pesara polis Selangor hidapi sakit kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkepli (duduk dua kiri) bersama pihak pengurusan Al-Qalam pada program itu di Shah Alam.

SHAH ALAM – Hampir 60 peratus atau 5,400 pesara polis di Selangor menghidapi penyakit kronik yang memerlukan rawatan perubatan di hospital dan alternatif.

Rata-rata mereka yang berusia 60 hingga 79 tahun itu menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan masalah saraf.

Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Selangor, Zulkepli Mohd. Ali Piah berkata, jumlah itu meliputi  9,000 pesara wajib yang berdaftar dengan pihaknya setakat ini.

Kata beliau, pihaknya menerima banyak rungutan daripada ahli dan keluarga termasuk 30 peratus yang sudah terlantar sakit di katil.

“Kebanyakkan golongan itu menghidapi penyakit tiga serangkai dan masalah saraf yang menyulitkan pergerakan mereka.

“Justeru, kita menggunakan pendekatan membantu mereka bagi mendapatkan rawatan di hospital selain kaedah terapi atau alternatif,” katanya ketika ditemui pada program bersama Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam (Al-Qalam) di sini, hari ini.

Tambah Zulkepli, jalinan kerjasama dengan pusat rawatan alternatif dan tradisional turut dianggap keperluan kepada pesakit sebagai ikhtiar perubatan.

“Ada daripada ahli dan keluarga mereka memilih untuk berubat secara alternatif terutama yang menghadapi masalah saraf.

“Oleh itu, kerjasama dengan pusat rawatan seumpamanya memudahkan lagi urusan mereka selain perubatan di hospital sedia ada,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Al-Qalam, Datuk Seri Dr. Baharudin Abu berkata, pihaknya sentiasa menawarkan rawatan percuma kepada ahli PBPM terutama yang berpendapatan rendah atau B40.

“Rawatan itu antaranya menerusi pelaksanaan pelbagai program di seluruh negara sejak Al-Qalam ditubuhkan secara rasmi pada 2016.

“Ini melibatkan masalah saraf dan spiritual manakala yang kronik akan dirujuk kepada hospital yang mempunyai kemudahan serta peralatan lengkap,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI