fbpx

Lapor jika ada pelajar keracunan makan ciki ngebul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian Kesihatan Indonesia meminta pihak hospital daerah melamporkan tentang kes-kes keracunan makanan Ciki Ngebul. - Foto Kementerian Kesehatan

JAKARTA – Kementerian Kesihatan merayu semua pejabat kesihatan serta hospital di wilayah, daerah dan bandar di Indonesia agar segera melaporkan kes keracunan berpunca daripada makanan ringan yang dihasilkan menggunakan cecair nitrogen, lapor portal berita ANTARA semalam.

“Kementerian Kesihatan akan melaksanakan pemantauan, penilaian dan pelaporan (kes) di seluruh Indonesia,” kata Pengarah Rujukan Perkhidmatan Kesihatan, Yuli Astuti Saripawan dalam satu kenyataan kelmarin.

Rayuan itu perlu diberi perhatian memandangkan pihak kementerian telah menerima aduan mengenai kejadian luar biasa (KLB) keracunan makanan disebabkan makanan ringan dibuat daripada cecair nitrogen.

Makanan itu dikenali sebagai ais ciki ngebul di wilayah Jawa Barat.

“Saya menjangkakan semua pihak akan segera melaporkan sekiranya terdapat kes keracunan makanan akibat pengambilan makanan ringan tersebut,” tambah Saripawan.

Sebelum ini sebilangan pelajar Sekolah Dasar Awam Ciawang 2, mukim Leuwisari, daerah Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat disyaki mengalami keracunan makanan selepas mengambil makanan ringan yang diperbuat daripada cecair nitrogen.

Ais ciki kebul ini memang cukup popular kerana ia mengeluarkan asap yang berasal dari nitrogen cair. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI