fbpx

Perlu RM225,000 kos pembedahan tiga kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan P. Darsinidevi yang didiagnosis dengan pelbagai masalah kecacatan jantung dan perlu segera menjalani pembedahan jantung.

SEBERANG PERAI – Tiga kanak-kanak perempuan di sini yang menghidap jatung kongenital sejak lahir memerlukan seba­nyak RM225,000 untuk kos pembedahan.

Mereka ialah Seng Zi Tong, 3, Nur Mikayla Muhammad Naidi dan P. Darsinidevi, masing-masing berusia satu tahun.

Ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut adalah daripada golongan berpendapatan rendah.

Kes itu dikendalikan sebuah pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare.

Zi Tong merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan ba­panya, Seng Kam Woh, 43, bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM60 sehari.

Nur Mikayla Muhammad Naidi dan P. Darsinidevi pula merupakan anak kepada ­operator kilang dan pekerja kitar se­mula.

Ibu kepada Zi Tong, Wong Eol Ling, 41, berkata, doktor mengesahkan terdapat lubang kecil berdekatan injap pada jantung kanak-kanak itu dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Katanya, pembedahan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan lubang kecil itu membesar.

Nur Mikayla pula pernah menjalani dua pembedahan membaiki jantung atau proses memasukkan stent iaitu tiub kecil ke dalam jantung sebelum ini dan awal bulan lalu, dia disahkan menghidap koronari.

Selain mengalami jangkitan kuman, doktor mengesahkan oksigen dalam badan Nur Mikayla turun mendadak dan kini hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, P. Darsinidevi yang turut bergantung kepada alat bantuan pernafasan ketika ini didiagnosis dengan pelbagai masalah kecacatan jantung.

Lebih malang, ia turut disahkan menghidap jantung kongenital yang teruk termasuk tricuspid atresia, transposition of the great arteries (TGA), ventricular septal defect (VSD), kecacatan septum atrium (ASD) dan hipoplasia ventrikel kanan (RV Hipoplastik).

Jika tidak dibedah segera, kemungkinan tidak dapat membesar seperti kanak-kanak lain.

Pengerusi One Hope Cha­rity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, kos sebanyak RM225,000 diperlukan bagi membolehkan ketiga-tiga anak kecil itu menjalani pembedahan.

“Orang ramai yang ingin me­nyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau menderma terus ke akaun Public Bank atas nama One Hope Charity di nombor 3193433435,” katanya.

Mereka juga boleh menghubungi talian 016-419 2192, 019-232 2192 dan 04-539 9212 untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI