fbpx

Pilih suami sebab ‘handsome’, kaya nombor dua – Fatin Afeefa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN dan Aliff bernikah minggu lalu.

PETALING JAYA – Pelakon Fatin Afeefa menangkis dakwaan mengahwini jutawan pelaburan, Aliff Awang bersandarkan kekayaan semata-mata, sebaliknya tarikan utama adalah wajah kacak dan comel lelaki itu.

Tegas pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin, Aliff bukanlah satu-satunya lelaki kaya yang cuba mendekati drinya sebelum ini, cuma pada waktu itu hatinya tidak terbuka menerima cinta mereka.

“Saya hendak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya pertama yang mendekati saya, tetapi awak paling ‘handsome’ (kacak).

“Jadi saya kahwin dengan awak sebab ‘handsome’ dan comel. Saya pejam mata pun, saya boleh rasa ‘kehandsomeman’ awak. Kaya nombor dua,” jelasnya.

Pelakon Tentang Bulan itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Aliff susulan kenyataan seorang individu yang menuduhnya mengahwini lelaki itu hanya didorong faktor material.

Video perbualan mereka dikongsikan Aliff yang mesra disapa sebagai Opai menerusi aplikasi TikTok sebagai penjelasan terbuka isterinya.

“Ada seorang mamat (lelaki) ni, dia cakap Fatin Afeefa kahwin dengan Opai sebab ada kereta mahal.

“Kalian nak sangat kan? Cabar Opai kan? Jom tanya bini saya yang dia kahwin dengan saya sebab apa,” kata Aliff dalam video berkenaan.

Fatin Afeefa, 28, bergelar isteri kepada usahawan pelaburan itu dalam sebuah majlis pernikahan serba mewah pada 30 Disember lalu.

Majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor itu dihidu ramai selepas jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa memuat naik gambarnya menata rias pengantin dalam Instagram.

Pasangan itu dipercayai mengikat pertunangan sekitar pertengahan November tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI