fbpx

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu bermula Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada di Kelantan dan Terengganu bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, kawasan di Kelantan yang diramalkan akan berdepan dengan hujan berterusan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Bagi Terengganu kawasan yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, seluruh Pulau Pinang diramal mengalami ribut petir diikuti Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Situasi sama turut dijangka terjadi di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Amaran ribut petir turut dikeluarkan di Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan),” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, Putrajaya turut diramal berdepan cuaca buruk, manakala Selangor di Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala  Sarawak di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI