fbpx

EPL: Rashford ‘balas’ hukuman Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD muncul wira United apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Wolves kelmarin. – AFP

WOLVERHAMPTON – Penggempur Manchester United, Marcus Rashford mendedahkan bahawa punca dia diletakkan di bangku simpanan pada aksi menentang Wolverhampton Wanderers kelmarin adalah kerana lewat menghadiri sesi mesyuarat pasukan.

Bagaimanapun, pemain itu yang dimasukkan sebagai pemain gantian tidak menunggu lama untuk mendapatkan ‘kemaafan’ pengurusnya, Erik Ten Hag selepas meledak gol tunggal perlawanan sekali gus memboleh­kan United meraih kemenangan.

Rashford yang mengumpul 11 gol musim ini dengan jaringan berkenaan mengakui bahawa dia layak dikenakan hukuman tersebut selepas terlambat bangun daripada tidur untuk menghadiri sesi berkenaan.

“Ia adalah peraturan dan jelas. Kesilapan seperti itu memang boleh berlaku. Saya lewat menghadiri sesi perjumpaan pasukan kerana terlambat bangun tidur.

“Saya agak kecewa apabila tidak berada dalam kesebelasan utama, tetapi saya faham mengenai keputusan yang dibuat oleh pengurus. Saya sangat gembira apabila kami meraih kemena­ngan di tempat lawan,” kata Rashford.

Ten Hag telah mengenakan beberapa peraturan dan kod disiplin sejak dilantik sebagai pengurus The Red Devils, malah Rashford sebelum ini pernah dikenakan tindakan ketika sesi pramusim apabila tidak diturunkan pada aksi di Bangkok dan Australia kerana terlambat menghadiri sesi yang sama.

“Semua orang di kelab ini perlu mencapai standard dan mematuhi peraturan. Apabila anda melakukan kesalahan, pasti ada kesan yang perlu ditanggung. Namun, saya fikir Rashford telah memberikan ‘jawapan’ terbaik terhadap hukuman itu.

“Saya sangat gembira dengan persembahan pasukan pada babak pertama termasuk apa yang dilakukan Rashford. Kami mendapat peluang terbaik, cuma kami perlu lebih tajam di hadapan gol,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI