fbpx

Terkejut nampak api marak dalam Wisma Jakel – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran di gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam yang musnah 80 peratus di Seksyen 7 hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Seorang pekerja restoran makanan segera terkejut melihat api marak di dalam bangunan Wisma Jakel di Seksyen 7, di sini, pagi tadi.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Hasniza, 23, berkata, dia baru tiba di tempat kerjanya pada pukul 7 pagi untuk memulakan syif pada hari kejadian.

“Sebaik sampai, saya terkejut melihat api sedang marak membakar tingkat atas bangunan tersebut.

“Baru hendak hubungi bomba, bomba sudah sampai di lokasi kejadian pada pukul 7.15 pagi,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian pada pukul 1 tengah hari mendapati, anggota bomba masih lagi melakukan kerja pemadaman kerana masih terdapat api di tingkat dua bangunan tersebut.

Anggota bomba memadam kebakaran di gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam di Sekyen 7 hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Bagi memastikan keselamatan orang awam, anggota polis menutup Jalan Plumbum S7/S dan Jalan Plumbum P7/P bagi menghalang orang ramai menggunakan jalan-jalan tersebut.

Segelintir orang awam dilihat memberhentikan kenderaan bagi merakam gambar kejadian.

Anggota bomba memadam kebakaran di gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Sementara itu, Ahmad Tarmizi Suhaimi, 37, pula berkata, dia terpaksa membatalkan niat untuk membeli pakaian raya untuk dirinya dan tiga ahli keluarga di gedung pakaian tersebut.

“Saya tidak membuka media sosial sejak pagi tadi, jadi saya tidak tahu Wisma Jakel terbakar. Apabila sampai nampak bangunan terbakar. Agak hampa kerana nak buat persiapan awal untuk hari raya tahun ini,” katanya yang menetap di Subang Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI