fbpx

Siswa UniKL cuba bantu rakan sebelum lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN (kanan) ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor selepas pengebumian anaknya, Arief (gambar kecil) yang meninggal dunia kerana lemas kelmarin.

HULU SELANGOR – Graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Muhammad Arief Haiqal Azhan, 21, yang meninggal dunia di Su­ngai Peretak, Kuala Kubu Bharu di sini kelmarin dikatakan mahu membantu rakannya yang me­minta tolong sebelum kedua-dua­ mereka lemas dihanyutkan arus.

Rakan Muhammad Arief iaitu Danish Hazyq, 16, berkata, dia menerima berita kematian sabahatnya itu kira-kira pukul 3.15 petang dan kali terakhir mereka bertemu pada bulan lalu.

Tambah Danish, berdasarkan cerita rakan-rakan lain, Muhammad Arief atau lebih mesra dipanggil Arief dipercayai lemas ketika cuba membantu rakannya yang turut lemas ketika mandi di sungai berkenaan.

“Arief seorang yang sangat baik dan peramah walaupun dia lebih senior daripada saya, seorang yang patut dicontohi ke­rana sangat bagus terutamanya dalam silat gayong dan aktiviti kawad serta perkhemahan.

“Dia juga seorang yang ceria tetapi di akhir pertemuan kami bulan lalu, saya nampak dia lain daripada biasa. Nampak lemah dan sedikit susut,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Arief merupakan jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Helikopter dan Shaik Rahim Khan Salauddin, 21, yang juga penuntut UniKL ditemui lemas ketika berkelah bersama-sama lima lagi rakan sekampus di Sungai Peretak, Kuala Kubu Bharu, kelmarin.

Sementara itu, bapa Arief iaitu Azhan Kamaruddin, 54, membe­ritahu, dia menerima panggilan daripada kenalan anaknya memberitahu tentang kejadian lemas berkenaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian tanpa memaklumkan kepada isterinya.

“Saya tahu tentang anak telah tiada ketika berada di sungai, melihat anggota bomba me­ngangkat mayatnya.

“Perkelahan mereka dalam pen­getahuan saya, namun tidak menyangka perkara sebegini berlaku. Malah sungai itu (Sungai Peretak) bukan tempat yang selalu saya bawa dia pergi dan bia­sanya anak saya tak pergi mandi dekat sana sebab ada sungai lain.

“Saya nampak tenang, tetapi sedih, sedih sangat-sangat kehilangan anak sulung harapan keluarga. Dia sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen Februa­ri ini,” katanya sebak.
Azhan yang bekerja sendiri ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kubu Bharu selepas pengebumian malam kelmarin.

Cerita Azhan, dia bagaimanapun reda dengan pemergian anak sulungnya yang berjaya menamatkan pengajian pada Jun lalu dan akan konvokesyen pada Februari depan.

“Bagaimana kronologi kejadia­an membabitkan Arief saya tidak mahu ambil tahu kerana semuanya telah terjadi. Malah kasihan melihat rakan-rakannya di­soal terlalu lama semalam, harap orang ramai tidak memberi sebarang spekulasi tidak enak.

“Dia memang anak yang baik. Semoga ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang beriman,” jelasnya.
Ketua Polis Daerah Hulu Se­langor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima makluman daripada seorang wanita tempatan pada pukul 12.02 tengah hari tadi bahawa terdapat dua lelaki lemas di bawah jambatan Sungai Chiling.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 11.50 pagi, seorang mangsa dikatakan meminta tolong dan seorang lagi rakan cuba membantu mangsa sebelum ke­dua-dua mereka lemas dihanyutkan arus sungai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI