fbpx

Orang ramai banjiri ibu kota meskipun tiada sambutan besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membanjiri ibu kota sempena ketibaan tahun baharu 2023 malam ini

KUALA LUMPUR – Kemeriahan ambang Tahun Baharu 2023 tetap dirasai meskipun tiada sambutan secara besar-besaran dianjurkan di ibu negara tahun ini.

Tinjauan Kosmo! malam tadi mendapati orang ramai tetap membanjiri lokasi utama di ibu negara bagi menyambut ketibaan tahun 2023.

Kosmo! bagaimanapun difahamkan terdapat pihak swasta menganjurkan acara kiraan detik dan percikan bunga api di sekitar Lembah Klang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memberitahu, sambutan Tahun Baharu 2023 yang dijadualkan Dataran Merdaka dibatalkan.

Menurut Anwar, pembatalan itu susulan keadaan banjir dan kesusahan dialami rakyat ketika ini.

Salah seorang warga kota, Muhammad Muaz Mirza, 45, berkata, biarpun tiada sambutan besar-besaran, kemeriahannya namun masih dirasai.

“Pada tahun ini pelbagai dugaan dan liku hidup masyarakat harungi, namun kita perlu bersyukur untuk terus merasai tahun baru,” katanya.

Muhammad Zubiar Ramli, 36, pula berkata, dia akur sambutan tahun kali ini tidak diadakan secara besar-besaran.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersama menjadi mata dan telinga kerajaan dalam usaha membantu rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI