fbpx

[VIDEO] Myvi rosak selepas rempuh tiga ekor lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar detik cemas pemandu Perodua Myvi berlanggar dengan tiga lembu di Jenderam Hilir, Dengkil pada Jumaat lalu. - FOTO AZWAN

PETALING JAYA – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya merempuh tiga lembu berkeliaran di Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor.

Video pelanggaran kenderaan tersebut dengan ternakan itu dikongsikan seorang penduduk Dengkil, Azwan Muhamad pada Twitter pagi semalam dan kejadian tersebut adalah pada waktu malam.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka berdurasi 25 saat itu, maklumat di situ menunjukkan kejadian tersebut menghampiri pukul 8 malam Jumaat lalu, malah suasana di situ gelap tiada lampu jalan di sekelilingnya.

Azwan berkata, masalah lembu berkeliaran di sekitar Dengkil semakin merunsingkan.

Keadaan Perodua Myvi remuk di bahagian hadapan selepas terlibat pelanggaran. FOTO AZWAN

“Malam tadi (Jumaat) kejadian di Jenderam Hilir. Mohon tindakan @AmirudinShari (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari).

“Siang semalam di Kampung Dato Ahmad Razali Dengkil, penduduk kampung siap panggil polis kerana risau tengok banyak lembu entah dari mana datangnya. Saya yakin lembu ini semua bertuan. Tapi dilepaskan tanpa pengawasan,” katanya pada ciapan tersebut.

Beberapa ekor lembu dilihat berkeliaran sepanjang laluan Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor. FOTO AZWAN

Azwan memberitahu, bangkai lembu yang mati dipercayai akibat kemalangan itu masih ada di tepi jalan.

“Pemilik sudah pasti tidak akan mengaku itu lembu peliharaannya,” katanya.

Sementara itu, gambar kereta Perodua Myvi yang terlibat kemalangan tersebut menunjukkan terdapat remukan yang teruk di bahagian hadapan kenderaan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI