fbpx

MITI fokus perdagangan, memulihkan keyakinan pelabur – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul semasa ucapan ringkas di laman Facebooknya semalam.

PETALING JAYA – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertekad untuk memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama negara pada tahun ini.

Jelas beliau, MITI akan turut memulihkan keyakinan pelabur dan meningkatkan pelaburan langsung asing walaupun persekitaran ekonomi pada tahun ini dijangka lebih mencabar.

“Kita juga perlu memastikan penggubalan dan pelaksanaan mana-mana perjanjian perdagangan dua hala, mahupun pelbagai hala akan memberi nilai dan kelebihan yang padu kepada pemain domestik.

“Ia terutamanya dalam rantaian bekalan Malaysia khususnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Dalam membuka lembaran tahun baharu 2023, marilah kita membulatkan tekad, bersama-sama berusaha sehabis baik demi Malaysia tercinta,” katanya dalam satu video ringkas di laman Facebook semalam.

Pada masa sama, beliau turut mengambil kesempatan mewakili kementeriannya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya Tengku Zafrul serta warga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI