fbpx

Menangis, terkencing dicekup khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pasangan yang di tangkap dalam Ops Ambang Tahun Baru yang di jalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) di sebuah hotel di Senai, Kulai, Johor malam tadi. Foto RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Menangis dan terkencing. Itu antara reaksi yang dapat disaksikan oleh pasangan yang dicekup kerana berkhalwat menerusi Ops Ambang Tahun Baharu yang dijalankan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sekitar daerah ini malam tadi.

Pengarah JAINJ, Datuk Md. Rofiki Shamsudin berkata, meneruskan operasi yang dijalankan selama kira-kira 3 jam di 10 lokasi berasingan itu, seramai 15 pasangan telah ditahan.

Menurut beliau, kesemua mereka yang ditahan melibatkan 15 lelaki dan 15 perempuan berusia antara 22 hingga 38 tahun.

“Individu yang ditahan terdiri daripada 18 warganegara tempatan dan 12 warganegara asing melibatkan rakyat Indonesia, Nepal dan Bangladesh.

“Tujuan ops ambang tahun baru ini diadakan adalah untuk membanteras perbuatan maksiat serta aktiviti yang tidak bermoral daripada terus berleluasa.

“Lazimnya di waktu sambutan percutian memang kita akan adakan, sebab biasanya mereka yang terlibat dalam kesalahan seperti ini pilih tarikh cuti am, jadi kita laksana mengikut keperluan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas tamat operasi berkenaan.

Tambah Md. Rofiki, kesemua mereka diambil tindakan mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 dan sekiranya sabit kesalahan boleh di denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Katanya, sepanjang tahun 2022, pihaknya telah melaksanakan sejumlah 1,692 operasi dengan seramai 655 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah syariah telah ditahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI