fbpx

Masuk laluan bertentangan, dua maut dirempuh Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki Orang Asli maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

HULU SELANGOR – Nahas dua kenderaan membabitkan sebuah motosikal dan kereta meragut nyawa dua lelaki Orang Asli di Kilometer 18, Jalan Rasa di Bukit Beruntung, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mangsa yang terkorban dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu adalah penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha 135LC.

Katanya, kejadian berlaku apabila motosikal itu bertembung dengan kereta Perodua Axia milik sebuah sekolah memandu yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun.

“Ketika kejadian, penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari Bukit Beruntung menghala ke Batang Kali.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal tersebut hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta sekolah memandu.

“Penunggang dan pembonceng cedera parah di kepala dan kaki. Mereka meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Suffian, mayat mangsa yang berusia 34 dan 35 tahun diserahkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kemalangan diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI