fbpx

Mantan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Fahmy dan Fatin menunjukkan gambar ayah mereka ketika ditemui di Taman Hj Borhanuddin, di sini, tadi. - FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Mantan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Abd. Jalil Borhanuddin telah meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Ampang, Subuh tadi.

Anak sulong Abd. Jalil yang juga merupakan Naib Presiden 2, Kesatuan Ragbi Malaysia, Mohd Fahmy Abd. Jalil, 39, berkata, ayahnya disedari sudah tidak bernyawa oleh adik ketiganya, Fatin Atiqa Abd. Jalil, 32, kira-kira pukul 6.30 pagi.

Menurutnya, sejak dua tahun lalu kesihatan ayahnya kurang baik dan dua bulan lalu, sakit demensia mula menyerang ayahnya kembali.

“Arwah seorang yang pendiam, namun semasa ayah masih sihat, ayah banyak berkorban masa untuk sukan ragbi. Malah, ayah juga sentiasa bercerita mengenai ragbi dan berharap agar saya juga dapat membawa pasukan ragbi dengan baik hingga ke peringkat lebih tinggi lagi,” katanya ketika ditemui di Taman Hj Borhanuddin, di sini, tadi.

Abd. Jalil berkhidmat sebagai Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia dari tahun 2002 hingga 2005 dan Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan dari tahun 1992 – 2019.

Arwah meninggal seorang isteri, Zainab Kassim, 65, lima anak serta tiga cucu itu dijangka akan dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Tampin. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI