fbpx

[VIDEO] Jakel Shah Alam terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kebakaran di Jakel Shah Alam pagi ini.

SHAH ALAM – Gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi ini.

Difahamkan kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada pukul 7.08 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam dan bahagian dalam kedai didapati musnah dalam kebakaran ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, seramai 38 anggota termasuk pegawai bersama tujuh jentera melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba kini dalam tindakan pemadaman bara api di bawah timbunan kain,” ujarnya.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI