fbpx

Henti tugas LRA sebab pencemaran berulang akibat tumpahan pati minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai LUAS membau sampel air di sekitar lokasi kejadian

SHAH ALAM – Pencemaran bau sehingga menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi adalah berpunca daripada lokasi kemalangan pati minyak wangi sebelum ini.

Kedua-dua LRA itu dihenti tugas bermula pukul 7 malam semalam dan pukul 12 tengah malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, penemuan kesan bau sehingga enam ton di lokasi tersebut adalah sejurus situasi hujan lebat petang semalam.

Katanya, penelitian LUAS mendapati kesan tumpahan pati minyak wangi itu berkemungkinan telah meresap ke dalam persekitaran lokasi.

“Ia akan terlarut semula dengan aliran air terutama ketika selepas hujan.

“Justeru, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan LUAS dan agensi-agensi terlibat terus memantau rapi sepanjang aliran di lokasi pencemaran, Sungai Limau Manis dan Sungai Semenyih. Ini bagi memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya permasalahan sama
berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Loy Sian, kejayanan pengesanan awal pencemaran berulang pukul 6.30 petang itu membantu tindakan awal dan pantas agensi-agensi terlibat.

Ujarnya, seterusnya impak kepada operasi loji dapat diminimakan dengan
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) telah berjaya mencegah kemasukan aliran pencemaran ke dalam sistem loji.

“Ini apabila kesemua weir gate muka sauk telah dibuka oleh pihak Air Selangor untuk mempercepatkan aliran tercemar melepasi kawasan muka sauk.

“Langkah nyah bau telah ditingkatkan dengan penambahan activated carbon (AC) oleh LUAS dan juga pihak Air Selangor sekitar 24 beg yang dianggarkan anggaran satu tan keseluruhan.

“Manakala PLUS sedang melaksanakan kerja-kerja penyedutan sisa baki aliran yang tercemar di lokasi,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI