fbpx

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam dilantik SU Kanan Menteri Ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rashidi (dua kiri) menerima cenderahati daripada salah seorang pengarah jabatan MBSA sambil diperhatikan Nor Fuad (dua kanan) pada majlis tersebut.

SHAH ALAM – Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan menganggap pelantikan beliau sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Ekonomi, Mohd. Rafizi Ramli sebagai satu cabaran baharu menjelang tahun 2023.

Menurut beliau, pengalaman empat tahun berkhidmat sebagai Timbalan Datuk Bandar dan lain-lain jawatan di pelbagai jabatan akan dicurahkan di posisi baharu itu nanti.

“Saya terharu kerana diberi kepercayaan untuk berkhidmat untuk negara bagi membantu Menteri Ekonomi setelah empat tahun di sini.

“Banyak pengalaman berharga yang saya pelajari di MBSA yang mampu diaplikasikan bagi meningkatkan ekonomi negara bersama menteri. Ia adalah cabaran yang besar berada di tempat baharu di Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Setulus Budi Kenangan Abadi bagi meraikan beliau di Wisma MBSA hari ini.

Pada program itu, seramai 100 warga MBSA dan Datuk Bandar Shah Alam, Dr.Nor Fuad Abdul Hamid hadir meraikan majlis tersebut.

Jelas Mohd. Rashidi, pengalaman tidak boleh dilupakan adalah ketika menguruskan bencana banjir besar yang berlaku di bandar raya ini pada 18 Disember tahun lalu.

Ujarnya, tarikh tersebut adalah sama dengan hari pertama beliau bergelar penjawat awam pada 2006.

“Banyak pengalaman dipelajari kerana sesungguhnya saya tidak terfikir bencana banjir sebesar itu berlaku di bandar raya ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI