fbpx

P. Pinang sasaran pengeluar utama industri kerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perikanan Malaysia menyasarkan Pulau Pinang sebagai pengeluar utama industri kerang sekali gus dijangka dapat menampung keperluan dan permintaan yang semakin meningkat.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, pihaknya kekal positif walaupun pengeluaran kerang mencatatkan penurunan mendadak sejak sepuluh tahun lalu.

Menurutnya, pendaratan kerang yang direkodkan tahun ini adalah sebanyak 464 metrik tan berbanding 112,600 metrik tan pada tahun 2012.

“Penurunan pengeluaran kerang sebanyak 300 peratus namun hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati faktor penurunan berpunca daripada pelbagai sebab.

“Antara sebabnya adalah keadaan semasa iaitu perubahan iklim laut mengakibatkan benih kerang banyak yang mati selain pencemaran menerusi pembuangan sisa toksik oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab.

“Walau bagaimanapun, kita percaya jumlah pengeluaran dapat dirancakkan kerana negeri ini memiliki kawasan semula jadi malah kerajaan negeri turut memainkan peranan untuk mengelakkan ia daripada diterokai secara berlebihan,” katanya dalam sidang media di Penang Golf Resort, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Libat Urus Jabatan Perikanan Bersama Penternak Kerang Seberang Perai Utara (SPU).

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan terus menyalurkan bantuan yang diperlukan 104 pekebun kerang membabitkan 546 hektar kawasan ternakan.

“Bantuan benih kerang akan terus disalurkan dan kita akan bimbing sehingga mereka berjaya memperolehi pendapatan sekali gus meningkatkan taraf hidup nelayan pantai,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI