fbpx

Kekangan kewangan punca pelajar India tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (duduk tengah) bersama sebahagian pelajar yang menyertai program Gerak Gempur SPM 2022 di SJKT Midlands, hari ini.

SHAH ALAM – Kekangan kewangan menjadi antara punca ramai pelajar kaum India di Selangor tercicir dalam pelajaran.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keadaan ini membuatkan kumpulan tersebut bekerja pada usia muda dan tidak mahu membebankan keluarga.

Katanya, Jawatankuasa Perundingan India Selangor (SICC) telah memperkenalkan pelan jangka panjang bagi kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu ini.

“Kita bimbang kerana masalah keciciran ini bermula di peringkat sekolah rendah, malah semakin ramai yang tercicir apabila memasuki peringkat sekolah menengah dan pendidikan tinggi.

“Kita tidak mahu situasi ini terus berlaku kerana pendidikan amat penting untuk semua rakyat Malaysia serta menjadi batu loncatan bagi mereka untuk mendapat pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis ‘Capacity Building’ Gerak Gempur SPM 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Midlands, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara spesifik jumlah sebenar keciciran pelajar kaum India.

Justeru, Amirudin menegaskan kerajaan negeri akan melihat pelan yang disediakan SICC dan cuba menyelesaikan isu berkenaan secara berperingkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI