fbpx

Salsabila ditemui selamat, tiga suspek ditahan bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salsabila.

SEPANG – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari sebuah inap desa di sini sejak awal pagi Ahad lalu ditemui selamat malam tadi.

Mangsa, Salsabila Putri Md. Nasir, 13, ditemui dalam sebuah kondominium di Seksyen 13, Shah Alam pukul 10.04 malam bersama dua individu lain.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 19 dan 18 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan mendapati, dua individu berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Susulan tangkapan itu, kami turut menahan seorang lagi suspek iaitu lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan kes sama,” katanya.

Katanya, pihaknya turut merampas tiga unit telefon pintar, sebuah motosikal jenis Yamaha R15, dua helai baju, dua helai seluar dan dua unit topi keledar daripada ketiga-tiga suspek.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan awal mendapati, dua suspek lelaki berusia 19 dan 21 tahun mengaku menaiki motosikal bersama ke kawasan inap desa untuk bertemu dengan mangsa.

“Salah seorang suspek dan mangsa kemudian menaiki sebuah kenderaan e-hailing untuk pulang ke kondominium berkenaan.

“Seorang lagi suspek iaitu wanita berusia 18 tahun bagaimanapun mengaku tidak terlibat dalam kes itu, namun kebetulan berada di lokasi mangsa ditemui,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, Salsabila Putri dikatakan hilang selepas keluar daripada sebuah inap desa di Taman Salak Maju, di sini.

Sementara itu, bapa Salsabila Putri, Md Nasir Abdul Rahim, 58, ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kerana akhirnya anak perempuannya ditemui dalam keadaan selamat. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI