fbpx

Jalan di Tambun bertukar wajah tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Arafat (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan bantuan makanan dapur bersama kepada 30 penerima di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun, Ipoh hari ini. FOTO/LIYANA RAMLI

IPOH – Pengguna jalan raya di sekitar Tambun akan melihat perubahan di jalan raya tersebut pada Januari 2023 susulan isu jalan raya rosak, bertampal dan tidak rata yang boleh mengakibatkan kemalangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, isu jalan raya di sana akan mula menunjukkan perbezaan pada bulan hadapan selepas selesai melakukan perbincangan bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, syarikat konsesi yang dilantik serta beberapa agensi kerajaan.

Muhamad Arafat berkata, pihaknya sudah berbincang dengan syarikat konsesi dan akan mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Ipoh dalam masa terdekat berikutan isu longkang dan jalan di bawah Parlimen Tambun.

“Saya sudah berbincang dengan syarikat konsesi yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penambahbaikkan dan isu jalan raya ini sudah menjadi buah mulut rakyat tetapi masih sama sahaja.

“Ini kerana bahan yang digunakan untuk menurap semula jalan tersebut tidak bersesuaian disebabkan peruntukkan yang diterima syarikat konsesi tidak mampu untuk menampung kos penurapan jalan di sekitar Ipoh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Parlimen Tambun di sini hari ini.

Katanya, peruntukkan untuk menutup lubang di sekitar bandar raya Ipoh adalah lebih RM6,000 sebulan tetapi kerajaan negeri sebelum ini hanya memberi kira-kira RM2,000 sahaja.

“Apabila tiada bajet, mereka akan guna tar yang tidak sempurna. Selepas seminggu akan pecah balik. Bukan itu sahaja, syarikat konsesi terpaksa mengeluarkan duit mereka bagi menyelesaikan projek ini. Kita kena adil dan dengar info dari kedua-dua pihak.

“Ini Parlimen Perdana Menteri dan rakyat sudah memberi kepercayaan. Kita nak pastikan masalah ini tidak akan berbangkit lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI