fbpx

Wanita lipat baju depan mesin pengering dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan yang kini tular di Twitter.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita melipat pakaian di hadapan mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri dikecam orang ramai.

Rakaman video berdurasi 44 saat memaparkan tindakan wanita itu turut tular di media sosial.

Melalui rakaman tersebut, wanita itu dilihat terus melipat pakaian yang baru dikeluarkan dari mesin pengering menyebabkan perakam video itu tidak boleh menggunakan mesin berkenaan.

Difahamkan mesin pengering bersaiz besar itu hanya ada sebiji sahaja di dobi tersebut justeru perakam terpaksa menunggu wanita berkenaan selesai melipat pakaiannya.

Wanita itu juga enggan beralah malah didengari menyuruh perakam video itu menggunakan mesin pengering pakaian lain.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial menganggap perbuatan wanita itu tidak bertimbang rasa dan tidak wajar dicontohi.

“Kena faham dalam dunia ini bukan kita je hidup, nak pentingkan diri dah kenapa,” kata Nija.

“Aku pun pegguna tegar dobi layan diri, ambil kain kemudian bawa ke meja disediakan untuk lipat. Orang lain pun nak guna mesin,” kata Fauzan.

“Amboi kak, santainya. Ingat ini di rumah sendiri ke? Geram tengok,” kata Ayin.

“Inilah jadi bila seseorang itu ingat dia ada hak ke atas segala benda atau perkara,” kata Gus.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 9,000 kali di Twitter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI