fbpx

Bekalan air telah pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM- Bekalan air di 472 kawasan melibatkan lima wilayah sekitar Lembah Klang yang terjejas sejak Sabtu lalu, telah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa bekalan air telah pulih pukul 12 tengah malam tadi.

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air bagi 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) yang terjejas telah pulih sepenuhnya.

“Air Selangor menzahirkan penghargaan kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya pada awal pagi ini.

Sabtu lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas akibat dari tumpahan kira-kira 1,000 liter pati minyak wangi.

Ini berpunca daripada kemalangan sebuah lori yang membawa muatan bahan tersebut di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI