fbpx

Song Joong-ki bercinta dengan wanita British

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO Song Joong-ki dan dipercayai kekasihnya wanita British dirakam ketika mereka tiba di lapangan terbang beberapa minggu lalu selepas pulang dari Singapura.

SELEPAS menepis khabar angin bercinta dengan pelakon Kim Tae-ri, aktor terkenal Song Joong-ki mengesahkan hatinya kini dimiliki seorang wanita bertuah.

Perkara tersebut disahkan oleh agensi, HighZium Studio bahawa artisnya sedang bercinta dengan seorang wanita British.

Berita tersebut turut melaporkan bahawa kekasih kepada pelakon Descendants Of The Sun itu bukan daripada kalangan selebriti.

Pasangan itu dilaporkan berjumpa melalui kenalan mereka pada tahun lalu.

Pihak agensi meminta peminat Joong-ki tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas kerana hanya mereka yang boleh mengeluarkan kenyataan rasmi.

Beberapa minggu lalu, tular dalam internet apabila seorang wanita kulit putih bersama Joong-ki di lapangan terbang ketika dia baru pulang dari Singapura.

Wanita berambut panjang berkenaan dilaporkan menemani pelakon berusia 37 tahun itu ke Singapura bagi menghadiri sidang akhbar drama terbaharu lakonannya, Reborn Rich.

Tindak-tanduk mereka di situ dicurigai peminat kerana wanita tersebut dipercayai bukan staf agensi Joong-ki dan dia tidak pernah dilihat bersama aktor itu sebelum ini.

Untuk info, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016).

Mereka bagaimanapun bercerai pada Julai 2019 dan hasil perkahwinan, pasangan itu tidak dikurniakan anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI