fbpx

Kes baharu mingguan Covid-19 menurun 18.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,894 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51/2022) dari 18 hingga 24 Disember iaitu penurunan sebanyak 18.7 peratus berbanding 7,249 kes yang dicatatkan minggu sebelumnya (ME 50).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, bilangan kes tempatan Covid-19 menurun sebanyak 18.7 peratus iaitu 5,880 kes berbanding 7,232 kes, sementara bilangan kes import pada ME 51 menurun kepada 17.6 peratus dengan mencatatkan 14 kes berbanding 17 kes.

“Bilangan kes kematian pada ME 51 menurun sebanyak 34 peratus daripada 47 kes kepada 31 kes, manakala bilangan kes sembuh berkurangan kepada 7,791 kes berbanding 10,330 kes pada ME 50.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 51 ialah 14,580 iaitu turun sebanyak 13.7 peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, bermula dari 25 Januari 2020 iaitu ME 4/2020 hingga 24 Disember 2022 (ME 51/2022) secara kumulatif sebanyak 5,022,910 kes baharu Covid-19 dicatatkan sementara kes sembuh yang direkodkan ialah 4,972,325.

Katanya, kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,831 kes dan kumulatif kluster ialah 7,164 kluster dengan 14 kluster masih aktif.

“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhan menurun sebanyak 13 peratus pada ME 51 berbanding ME 50.

“Jumlah kemasukan pesakit kategori satu dan dua menurun sebanyak 20 peratus manakala jumlah pesakit kategori tiga, empat dan lima menurun sebanyak lima peratus,” ujarnya.

Noor Hisham memaklumkan sebanyak enam kes Covid-19 kategori dua direkodkan dalam kalangan mangsa banjir bagi ME 51 dengan kesemuanya meneruskan isolasi di rumah setelah pusat pemindahan sementara ditutup.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakyat yang menyambut perayaan tersebut, khususnya mereka yang beragama Kristian dan menasihati orang ramai supaya terus mengamalkan norma baharu iaitu memakai pelitup muka terutamanya di kawasan sesak dan sempit terutama bagi individu yang berisiko tinggi dan tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI