fbpx

Nourul Depp sambut Krismas untuk gembirakan mertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Nourul Depp meraikan Hari Krismas bersama suami dan keluarga.

PETALING JAYA – Penyanyi Nourul Depp menjelaskan sambutan Hari Krismas yang diraikannya di rumah hanyalah untuk menggembirakan hati ibu bapa mertuanya yang kini sedang berada di Bali.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam InstaStorynya, Nourul atau nama lengkapnya Noorul Huda Abd. Wahab dilihat sedang merakam gelagat ibu bapa mertuanya membuka hadiah sambil melayan karenah tiga cucunya.

Bahkan, kediaman penyanyi itu juga turut dihiasi dekorasi sambutan Hari Krismas seperti pokok Krismas.

Ujar penyanyi berusia 44 tahun itu, sambutan Krismas mereka sekadar acara memberi hadiah memandangkan kedua mertuanya tidak lagi mengamalkan ajaran Kristian.

“Semalam tak sempat nak tulis kapsyen bagi habis. Ibu dan bapa mertua ada di sini. Saja bagi mereka gembira.

“Apa pun mertua saya tidak amalkan sangat agama mereka (Kristian). Kami buat semua ini untuk gembira dan raikan hadiah hujung tahun,” tulis Nourul.

Dalam hantaran sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Kerana Terluka itu turut menjawab persoalan beberapa netizen sejak semalam yang mempersoalkan tahap imannya sebagai wanita beragama Islam.

“Jika terpesong, bermaksud sebagai Islam yang bersembahyang di gereja (sebagai Kristian), boleh hukum saya.

“Saya tidak pernah meletakkan agama jauh daripada fikiran dan hati. Itu peribadinya Tuhan sahaja yang tahu. Kamu (netizen) yang menghukum itu, terimalah nanti (dosa),” ujarnya.

Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama suami, Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.

Sejak September tahun lalu, Nourul sekeluarga membuat keputusan untuk berpindah dan menetap di pulau peranginan Bali, Indonesia demi pendidikan dan masa depan anak-anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI