fbpx

Remaja perempuan maut tertimbus perigi digali bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TEMERLOH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut tertimbus di dalam perigi sedalam kira-kira 10 meter yang digali bapanya di Lanchang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa dilaporkan masuk ke dalam perigi berkenaan untuk membersihkan perigi yang baru digali bapanya.

“Ketika sedang membaiki gelung di dalam perigi secara tiba-tiba dinding perigi telah runtuh dan menimbus mangsa.

“Mangsa kemudiannya berjaya dibawa keluar dan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Azhar, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Katanya kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau keduanya sekali.

Jelasnya siasatan terperinci akan dijalankan dan keterangan saksi berkaitan akan diambil bagi melengkapkan siasatan.

“Pihak polis menasihati masyarakat supaya lebih peka dan prihatin terhadap keselamatan anak-anak mereka dan menjauhi kawasan-kawasan yang berisiko dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini.

“Pihak polis juga ingin mengingatkan kepada orang ramai sekiranya sebarang kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian ibu bapa, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kanak-kanak 2001,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI