fbpx

Dua remaja lelaki maut rempuh lori di lorong kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal dinaiki mangsa merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 279.4 Lebuh Raya Utara-Selatan, malam tadi.

SEREMBAN – Dua remaja lelaki maut apabila motosikal dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan dalam kemalangan di Kilometer 279.4 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, dalam kejadian pada pukul 10.56 malam itu, kedua-dua mangsa yang berusia 18 tahun yang merupakan penunggang dan pembonceng motosikal jenis Yamaha LC maut di lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 60-an dari Senawang menuju ke Puchong.

“Sampai di tempat kejadian lori telah mengalami kerosakan tayar pecah di bahagian belakang dan telah parkir di lorong kecemasan dengan memasang tanda amaran segi tiga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Ahmad Dzaffir, ketika berada di lorong tersebut sebuah motosikal Yamaha LC dinaiki kedua-dua mangsa telah melanggar bahagian belakang lori itu dan tersepit di bawah lori.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Siti Syarah di talian 014-5144741 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI