fbpx

Axia ‘sondol’ Myvi sampai terbalik di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedua-dua kereta yang terbabit kemalangan di Putrajaya.

PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Perodua Axia terbalik selepas dipercayai ‘menyondol’ sebuah kereta Perodua Myvi dalam kemalangan di simpang empat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya semalam.

Rakaman papan pemuka (DashCam) yang dimuat naik oleh @isusemasaviral di Twitter hari ini, memaparkan kereta Perodua Myvi itu juga terbalik selepas dirempuh Perodua Axia berwarna putih tersebut yang datang dari arah belakang.

Bagaimanapun, keadaan kedua-dua pemandu atau penumpang kereta itu tidak diketahui.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di laman sosial yang sama.

“Kita sudah berhati-hati, tetapi orang lain belum pasti akan berhati-hati juga,” ciap seorang netizen, @nelovef4.

“Saya tidak faham. Jalan punyalah luas. Jika tidak kejar masa, mengapa hendak memandu dengan laju di Putrajaya ini?,” tulis seorang lagi netizen, @Poison_Star.

Seorang pengguna, @hafizdenial sempat meninggalkan pesanan buat pengguna jalan raya supaya jangan suka ‘mengejar’ lampu isyarat dan kekal berada di lorong sepatutnya.

“Jangan kejar lampu dan duduk di lorong yang sepatutnya. Lorong kanan tidak boleh terus, lorong tengah boleh ke kanan dan terus, manakala lorong kiri pula tidak boleh terus.

“Sudah banyak kali berlaku kemalangan di simpang empat ini. Teringat penunggang motosikal yang maut dirempuh Myvi kuning dahulu,” ciapnya.

Hantaran tersebut meraih sebanyak 9,670 jumlah tontonan dan 50 ciap semula setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI